Thursday, 2 April 2015

Kisah Keluar 40 Hari Jemaah Tabligh


Pada satu hari, rumah imam Masjid Kubang Semang didatangi oleh isteri jirannya yang sedang sarat mengandung. Dia meminta izin kepada imam untuk memetik buah manggis yang sedang masak ranum banyak terdapat disekeliling rumah imam tersebut.

Imam mengizinkannya kerana disangkanya perempuan itu hanya mahu mengambil sedikit sahaja daripada buah yang ada. Tapi bila perempuan itu menyatakan dia nak memetik banyak untuk dijual, maka hairanlah imam dan bertanyakan kenapa dia nak petik dan jual buah manggis?.

Lalu jawablah perempuan itu bahawa dia perlukan duit hasil jualan buah manggis itu untuk membeli beras. Di rumahnya sudah kehabisan beras dan dia sudah tidak ada wang untuk berbelanja untuk memberi makan anak-anaknya yang ramai.

Imam bertanya lagi, macam mana dia nak petik buang manggis yang banyak itu. Lalu jawab perempuan itu dia akan memanjat pokok manggis yang ada sendiri.

Terkejutlah imam dan menggelengkan kepala kerana perempuan itu sedang sarat megandung 7 bulan. Bagaimana dia nak panjat pokok.

Perempuan itu mengeluh dan berkata, nak buat macam mana terpaksa lah juga dia berusaha.


Suami keluar tabligh 40 hari

Imam bertanya pada ibu mengandung itu kemana suaminya?, perempuan itu berkata suaminya keluar tabligh 40 hari dan lambat lagi akan pulang ke rumah.

Apa lagi!, naik minyaklah tok imam mendengar jawapan perempuan itu. Imam lalu menghalang perempuan itu memetik buah sendiri dan dia masuk ke dalam rumah mengambilkan beras dan sedikit wang lalu diberikannya pada perempuan itu.

Ketika memberinya dia berpesan kalau perlukan lagi silalah datang meminta darinya. Imam hanya meminta satu saja pertolongan dari perempuan itu.

" Kalau suami hang balik, segera bagi tau kat aku!". Pesan imam serius.


Suami dah balik dari keluar tabligh

Tidak lama kemudian datanglah perempuan tadi dengar jujur memberitahu bahawa suaminya telah pulang. Imam berterima kasih dan berkata pada perempuan itu agar segera pulang kerumah.

Tidak lama kemudian datanglah imam dengan anak kecilnya membawa sedepa kayu lalu memanggil suami perempuan tadi dengan garang.

"Ishak!, hang mai turun sat!" seru imam pada Ishak (bukan nama sebenar).

Lalu muncullah Ishak pada muka pintu. Terkejut dilihatnya imam membawa sedepa kayu dan muka imam begitu bengis sekali.

"Hang turun mai sat kat sini aku nak ajar hang!" tempik imam.

"Keluar tabligh ikut suka hati tak bagi makan anak bini tu bukan ajaran agama!, mana hang belajaq buat macam tu?", marah imam dengan kuat.


Suami terjun lari ke markas tabligh

Apa lagi, Ishak berpaling dan terus berlari ke dapur dan terus terjun dari rumahnya dengan pantas sekali. Dia terus berlari menuju ke Kubang Ulu dari jalan belakang tanpa menoleh lagi. Ishak menuju ke markaz besar tabligh di sana.

Maka berkejarlah imam bersama anaknya mengekori Ishak. Nampaknya imam benar-benar mahu mengajar dengan membelasah Ishak dan dia sanggup mengekori Ishak berlari lebih dari 5 kilometer. Ishak terus ke markas tabligh dan menyorok dalam rumah tok guru di pondok itu.

Sampai saja di depan rumah Tok Guru pondok, menyerulah imam agar Ishak turun dari rumah. Maka datanglah Tok Guru Pondok cuba tenangkan keadaan.

Kenapa ni pak su?, tanya tok guru pada imam. Aku nak ajar dia jangan keluar tabligh kalau nak biarkan anak bini kebulur!, kata imam.

Fahamlah tok guru lalu menenangkan imam dan berkata dia akan uruskan hal ini dengan Ishak.....terlepaslah Ishak daripada dibelasah oleh imam yang sedang naik minyak hari itu dan sejak itu Ishak belajar kesilapannya dan tak ulang lagi dah.

Begitulah ceritanya dan begitulah sikap orang tua-tua kita dulu kat kampung dalam membetulkan anak-anak khariah!.

Apa pendapat anda dalam hal ini? Adakah kejadian jiran atau kenalan atau saudara mara anda yang keluar tabligh 40 hari tanpa selesaikan urusan keluarganya terlebih dahulu? berikan perkongsian atau pendapat anda di sini. 

p/s:sebelum keluar di jalan Allah,pastikan nafkah zahir dan batin anda cukup dan tidak membebankan. lagi satu,orang tak pandang rendah pada usaha dakwah yang nabi bawa ni..


No comments:

Post a Comment