Tuesday, 30 June 2015

Kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz

SEMASA Al Marhum Tuan Guru Nik Aziz jadi menteri besar kelantan dulu, bila masuk bulan Ramadhan beliau akan lakukan tadarus Al-Quran di setiap jajahan (daerah) negeri kelantan. Bila menteri besar turun semua kena turun sekali la. Sekali dgn jkkk dan ketua2 kampung turun.

Almarhum TGNA pernah kata dlm satu majlis tadarus :

"Hok mana boleh baca Quran, baca Quran.
Hok tak pandai baca Quran blajar sungguh².
Kita terima surat dari orang kita boleh baca,
kita terima surat bahasa melayu kita boleh baca,
kita terima surat bahasa omputih kita boleh baca,
tapi bila kita terima surat (Quran) dari Allah Taala
kita tak boleh baca.   

Sedangkan kita menumpang di bumi Dia, berteduh di bawah langit Dia, makan rezeki Dia, tiba2 surat (Quran) daripada Dia kita tak boleh baca. Hinanya kita hidup atas muka bumi ni..."

Menangis ketua kampung dan jkkk yg mendengar kata-kata Almarhum TGNA itu.  

Inilah cara Almarhum Tok Guru mendidik rakyat kelantan semasa beliau memerintah Kelantan.

Takbir!!!

Di mana letaknya Al-Quran di hati kita? 😱😰😭

#Salam 13 Ramadan

#Lama menanti Ramadan datang, belum cukup kita memanfaatkannya, dia dah nak pergi tinggalkan kita..

Sunday, 28 June 2015

Yang Sunat Dikejar Yang Wajib Berciciran

Jika kita lihat didalam bulan ramadhan ini ramai orang yang tidak sedar bahawa mereka telah mensia-siakan ramadhan dengan memandang rendah amalan wajib dan berkejaran melakukan amalan sunat.Anda akan dapati bahawa mejoriti orang kita berbondong-bondong mengejarkan solat tarawih dengan berjemaah sedang solat lima waktu dikerjakan sendirian.Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w memberatkan kita supaya mengerjakan solat wajib 5 waktu itu secara bejemaah.Ini lah fenomena manusia yang berpandangan rendah.Malah ada yang mengherdik remaja-remaja yang duduk lepak ketika solat terawih dikerjakan tetapi membisu melihat mereka melepak ketika solat-solat wajib dikerjakan.Tidak salah perbuatan itu,tetapi kelihatan orang itu mempunyai pandangan yang rendah.Pujangga arab pernah berkata,"membersih kasut menggunakan pipi akan membuatkan kasut itu bersih,tetapi si pembuat itu kelihatan bodoh".. -ikhtibar-

Thursday, 25 June 2015

Mandi Wajib Perkara Pertama

Kita sedia maklum bahawa mandi wajib adalah perkara pertama sekali yang perlu dilaksanakan sebelum amalan-amalan lain atau ibadah-ibadah lain dikerjakan.Disini saya hendak berkongsikan rukun mandi wajib yang cukup ringkas dah mudah untuk diingat.Jika ada permasalahan lain,anda perlulah berjumpa ustaz untuk penerangan.

Wednesday, 24 June 2015

Mufti Besar Arab Saudi Menangis Menerima Panggilan

Mufti Besar Arab Saudi menangis apabila seorang rakyat Somalia membuat panggilan untuk bertanyakan soalan mengenai puasa dalam sebuah rancangan television di Arab Saudi.Soalan yang dikemukakan menyebabkan Mufti Besar tersentuh dan menangis.Bayangkan kita di Malaysia berpuasa tetapi membazirkan makanan sebanyak 18 tan sehari jika dibandingkan saudara kita yang tiada makanan untuk berpuasa.. ikhtibar..




Tuesday, 23 June 2015

Antara Kesalahan Mendidik Anak..

1. Tidak Pernah Bersalah
Sewaktu anak kita masih kecil dan belajar untuk berjalan, mereka tanpa sengaja melanggar kerusi atau meja. Lalu mereka menangis. Umumnya, yang dilakukan oleh ibubapa supaya tangisan anak berhenti adalah dengan memukul kerusi atau meja yang tanpa sengaja mereka langgar. Sambil berkata,
“Siapa yang nakal? Papa / Mama dah pukul kerusi / meja … sudah cup …. cup … diam ye ..
Akhirnya si anak pun terdiam.
Ketika proses pemukulan terhadap benda-benda yang mereka langgar, sebenarnya kita telah mengajar anak kita bahawa dia tidak pernah bersalah.
Yang salahnya orang atau benda lain. Pemikiran ini akan terus dibawa sehingga dewasa. Akibatnya, apabila terjadi perselisihan atau pertengkaran, yang salah adalah orang lain, dan dirinya selalu betul.
Akhirnya, orang lain yang tidak melakukan kesalahan akan menerima hukuman.
Kita sebagai ibubapa baru menyedari hal tersebut ketika si anak sudah mula melawan kepada kita.
Perilaku melawan ini terbentuk sejak kecil kerana tanpa sedar kita telah mengajarkan untuk tidak pernah merasa bersalah.
Lalu, apa yang sebaiknya kita lakukan ketika si anak yang baru berjalan melanggar sesuatu sehingga membuatnya menangis?
Sebaiknya, ajarlah dia untuk bertanggungjawab atas apa yang terjadi; katakanlah padanya (sambil mengusap bahagian yang terasa sakit):
“Sayang, kamu langgar ya. Sakit? Lain kali hati-hati, jalan perlahan-lahan supaya tidak terkena lagi. “
2. Berbohong Kecil
Mulanya anak-anak kita adalah anak yang selalu mendengar kata ibubapanya.
Mengapa?
Kerana mereka percaya sepenuhnya kepada ibubapanya. Namun, ketika anak meningkat dewasa, dia sudah tidak menuruti arahan atau permintaan kita?
Apa yang berlaku?
Apakah anak kita sudah tidak percaya lagi dengan perkataan atau ucapan-ucapan kita lagi?
Tanpa sedar kita sebagai ibubapa setiap hari sering membohongi anak untuk mengelakkan kemahuannya.
Salah satu contoh pada waktu kita tergesa-gesa pergi ke pejabat di pagi hari, anak kita ingin mengikut atau mengajak berjalan mengelilingi kawasan perumahan. Apa yang kita lakukan?
Apakah kita menjelaskan dengan jawapan yang jujur? Atau kita memilih untuk berbohong dengan mengalihkan perhatian si kecil ke tempat lain, selepas itu kita bergegas pergi? Atau yang ekstrem kita mengatakan;
“Papa / Mama hanya keluar sebentar, hanya ke depan saja, sebentaaar saja ya, Sayang.”
Tapi sebaliknya, kita pulang malam. Contah lain yang sering kita lakukan ketika kita sedang menyuap anak makan kita;
“Kalau tak nak makan, nanti Papa/Mama tak bawa jalan-jalan”
Padahal secara logik antara jalan-jalan dan cara / pola makan anak, tidak ada kaitan langsung.
Dari beberapa contoh di atas, jika kita berbohong kecil, kesannya ternyata besar. Anak tidak akan percaya lagi dengan kita sebagai ibubapa. Anak tidak dapat membezakan kenyataan kita yang boleh dipercayai atau tidak.
Akhirnya, anak menganggap semua yang diucapkan oleh ibubapnya adalah bohong dan anak mula tidak menuruti segala perkataan kita. Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Berkatalah dengan jujur kepada anak. Ungkapkan dengan penuh kasih dan pengertian:
“Sayang, Papa / Mama nak pergi kerja. Kamu tidak boleh ikut.”
Kita tak perlu merasa bimbang dengan keadaan ini. Pastinya memerlukan lebih masa untuk memberi pemahaman kepada anak kerana biasanya mereka akan menangis. Anak menangis kerana dia belum memahami keadaan mengapa ibubapanya harus selalu pergi di pagi hari.
Kita harus bersabar dan beri pemahaman kepada mereka secara terus menerus. Perlahan-lahan anak akan memahami keadaan mengapa ibubapanya selalu pergi di pagi hari dan bila pergi bekerja, anak tidak boleh ikut.
Sebaliknya bila pergi ke tempat selain pejabat, anak pasti diajak ibubapanya. Pastikan kita selalu jujur dalam mengatakan sesuatu. Anak akan mampu memahami dan menuruti apa yang kita katakan.
3. Banyak Mengancam/Mengugut/Memberi Amaran
“Adik, jangan naik ke atas meja! nanti jatuh dan tiada yang nak tolong! ”
“Jangan ganggu adik, nanti Mama / Papa marah!”
Pada anak, pernyataan seperti melarang atau perintah dan disuarakan dengan cara menjerit tanpa kita berganjak dari tempat duduk atau tanpa kita menghentikan suatu aktiviti, kenyataan itu sudah termasuk ancaman.
Apa lagi jika ada ayat tambahan “…. nanti Mama / Papa marah!”
Seorang anak sangat pandai dalam mempelajari cara ibubapanya; dia boleh mengetahui cara ibubapanya mendidik, memesongkan atau mengawal cara ibubapanya.
Hal ini terjadi bila kita sering menggunakan ancaman dengan kata-kata, namun selepas itu tidak ada tindakan lanjut atau mungkin kita sudah lupa dengan ancaman-ancaman yang pernah kita ucapkan.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Kita tidak perlu menjerit-jerit seperti itu. Dekati si anak, hadapkan seluruh tubuh dan perhatian kita padanya. Tatap matanya dengan lembut, namun tunjukkan riak muka/ekspresi kita tidak senang dengan tindakan yang mereka lakukan. Sikap itu juga ditegaskan dengan kata-kata,
“Sayang, Papa / Mama minta supaya kamu boleh meminjamkan mainan ini pada adikmu. Papa / Mama akan makin sayang dengan kamu. ”
Tidak perlu dengan ancaman atau jeritan. Atau kita boleh juga menyatakan suatu pernyataan yang menjelaskan suatu akibat, contohnya;
“Sayang, bila kamu tidak meminjamkan mainan in ke adikmu, Papa / Mama akan simpan mainan ini dan kamu berdua tidak boleh bermain. Mainan akan Papa / Mama keluarkan jika kamu pinjamkan mainan itu ke adikmu. ”
Tepati kenyataan kita dengan tindakan.
4. Bicara Tidak Tepat Sasaran/Tidak Jelas Maksud
Pernahkah kita mengherdik anak dengan ayat seperti,
“Papa / Mama tidak suka bila kamu begini / begitu!” Atau “Papa / Mama tidak mau kamu berbuat seperti itu lagi!”
Namun kita lupa menjelaskan secara terperinci dan dengan baik, hal-hal atau tindakan apa saja yang kita inginkan. Anak tidak pernah tahu apa yang diinginkan atau diperlukan oleh ibubapanya dalam hal seperti itu.
Akibatnya anak terus mencuba sesuatu yang baru. Dari banyak percubaan yang dilakukannya, tetapi selalu dikatakan salah oleh ibubapanya.
Hal ini mengakibatkan mereka mengulangi dengan sengaja untuk melakukan hal-hal yang tidak disukai oleh ibubapanya. Tujuannya untuk membuat ibubapanya kesal sebagai mana anak juga kesal apabila tindakannya selalu salah di hadapan ibubapa.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Sampaikanlah hal-hal atau tindakan yang kita inginkan atau perlukan ketika kita menegur perilaku atau hal yang tidak kita sukai.
Berkomunikasi dengan berkesan tentang hal atau perilaku yang kita inginkan atau perlukan. Apabila mereka sudah melakukan segala perkara atau perilaku yang kita inginkan atau perlukan, ucapkanlah terima kasih dengan tulus dan penuh kasih sayang atas segala usahanya untuk berubah.
5. Menekankan pada Hal-hal yang salah
Ramai ibubapa sering mengadu tentang anak-anaknya tidak patuh dan suka bertengkar. Ketika anak bertengkar, perhatian kita tertuju pada mereka, kita cuba melerai atau bahkan memarahi.
Tapi apakah kita sebagai ibubapa pernah melihat ketika mereka sedang bermain dengan leka? Kita selalu menganggap bahawa tidak perlu menyapa mereka kerana mereka sedang leka.
Situasi ini adalah salah, kerana akan menggalakkan mereka untuk bertengkar agar dapat menarik perhatian ibubapanya,
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Beri pujian setiap kali mereka sedang seronok bermain, setiap kali mereka berkongsi mainan antara mereka dengan ayat mudah difahami. Peluklah mereka sebagai tanda senang dan sayang.
6. Merendahkan Diri Sendiri
Apa yang anda lakukan jika melihat anak anda bermain Playstation lebih dari belajar? Mungkin ini ayat yang sering kita ucapkan pada mereka,
“Tutup PS itu, nanti papa marah bila dia balik kerja petang ni !”
Atau kita ungkapkan dengan kenyataan lain, namun tetap dengan bentuk yang mungkin ditakuti oleh anak. Contoh pernyataan ancaman diatas adalah ketika yang ditakuti adalah Papa.
Perhatikanlah ayat ancaman tersebut. Kita tidak sedar bahawa kita telah mengajarkan pada anak bahawa yang mampu untuk menghentikan mereka main PS adalah bapanya, maksudnya hanya si ayah saja yang ditakuti.
Jangan hairan jika anak tidak mengendahkan perkataan kita kerana kita tidak mampu menghentikan mereka bermain PS.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Dekati anak, tatap matanya, dan katakan dengan nada serius bahawa kita ingin dia berhenti main sekarang atau berikan pilihan, contohnya:
“Sayang, Papa / Mama nak kamu mandi. Nak mandi sekarang atau lima minit lagi?”
Bila jawapannya “lima minit lagi Pa / Ma”.
Kita jawab kembali, “Baik, selepas lima minit kamu mesti mandi. Tapi jika tidak berhenti selepas lima minit, dengan terpaksa papa / mama akan simpan PS sampai esok “.
Selepas lima minit, dekati si anak, tatap matanya dan katakan telah cukup lima minit. Jika anak tidak berganjak, teruskan menyimpan PS tersebut.
7. Ibubapa Tidak Tegas
Mendidik anak bukan hanya tanggungjawab para ibu atau bapa sahaja, tapi kedua-duanya. Ibubapa harus mempunyai kata sepakat dalam mendidik anak-anaknya.
Anak mudah menangkap rasa yang menyenangkan dan tidak menyenangkan bagi dirinya. Contoh, seorang ibu melarang anaknya menonton TV dan memintanya untuk mengerjakan kerja sekolah, namun pada masa yang sama, si bapa membela si anak dengan ayat tidak mengapa menonton TV terus agar anak tidak stress.
Jika hal ini terjadi, anak akan menilai ibunya jahat dan bapanya baik, akibatnya setiap kali ibunya memberi perintah, ia akan mula melawan dengan berlindung dengan pembelaan bapanya.
Begitu juga sebaliknya. Di hadapan anak, jangan berbeza pendapat untuk hal-hal yang berkaitan dengan persoalan mendidik anak.
Pada masa salah seorang dari kita sedang mendidik anak, maka pasangan kita harus menyokongnya. Contoh, ketika si ibu mendidik anaknya untuk berlaku baik terhadap si kakak, dan si ayah harus menyokong pernyataan,
“Betul kata mama, Dik. kamu perlu sayang dan hormati kakak ..”

Kalau Tak Puasa..Ni Lah Akibatnya..



Ingat lagi dulu,selalu tv keluarkan iklan ni.. lawak dan bermanfaat..


Permulaan Semula

Dah lama tak buka blog ni.. banyak masalah negara yang belum diketahui..semaga kemunculan Semua Jenis Cerita ini dapat memberi maklumat



mrTariQ