Saturday, 12 September 2015

Billal Bin Rabah Mimpi Rasulullah s.a.w

Bilal bin Rabah, muazin Rasulullah s.a.w. Orang pertama yang diangkat oleh baginda menjadi muazin di Masjid Nabawi di al-Madinah al-Munawwarah. Bilal r.a. tetap setia melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan selama hampir 10 tahun.

Apakah yang berlaku kepada Bilal selepas kewafatan kekasihnya dan kekasih kita, Rasulullah s.a.w.? Mungkin tidak ramai yang tahu?

Bilal datang bertemu Abu Bakar r.a. dan berkata: “Wahai Khalifah (pengganti) Rasulullah, sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya): “Amalan seseorang mukmin yang paling afdhal ialah berjihad di jalan Allah.” Abu Bakar bertanya: “Lantas, apa yang engkau mahu wahai Bilal?” Bilal menjawab: “Aku hendak bermurabatoh (berada di medan jihad) di jalan Allah sehingga aku mati!”

Abu Bakar bertanya: “Kalau begitu, siapa yang akan azan untuk kami?” Bilal menjawab, sedang air mata bergenang di kelopak matanya: “Sesungguhnya aku tidak akan menjadi muazin kepada sesiapapun selepas Rasulullah s.a.w.!”

Abu Bakar memujuk dengan berkata: “Tinggallah di sini dan azanlah untuk kami wahai Bilal!”

Bilal membalas: “Sekiranya engkau telah merdekakan aku dahulu supaya aku tunduk kepadamu, maka letakkanlah aku sebagaimana yang engkau mahu. Tetapi sekiranya engkau merdekakan aku dulu kerana Allah, maka biarkanlah aku untuk apa yang engkau merdekakan aku.” Abu Bakar menjawab: “Bahkan aku merdekakan engkau untuk Allah wahai Bilal!” Maka Abu Bakar r.a. tiada pilihan kecuali membenarkan Bilal memilih jalannya untuk berjihad dan sentiasa berada di medan juang.

Bilal berhijrah ke Sham. Di situlah beliau mengabdikan diri di medan jihad… Salami isi hati yang dicurahkannya sendiri: “Aku tidak tertanggung tinggal di Madinah selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. “ Setiap kali dia cuba mengalunkan azan, apabila tiba pada “asyhadu anna Muhammadar-Rasulullah” kerongkongnya tercekik lalu dia akan menangis.

Maka dia berangkat ke Sham bersama para mujahidin. Selepas beberapa tahun berada di Sham, beliau berjumpa Rasulullah s.a.w. di dalam mimpinya. Baginda berkata kepada Bilal, “Kenapa begitu lama kamu menyepikan diri wahai Bilal? Bilakah masanya kamu akan menziarahi kami lagi?” Bilal terjaga dari tidurnya. Hatinya sungguh sedih. Beliau segera berangkat ke Madinah dan terus menuju ke makam Rasulullah s.a.w.

Bilal menangis dan berguling-guling di situ sehingga Hasan dan Husain menghampirinya. Beliau memeluk dan mencium mereka berdua sepuas-puasnya. Kedua-duanya berkata kepada Bilal: “Kami rindu untuk mendengar azanmu pada waktu dinihari.” Bilal naik ke atas sutuh (bahagian atas) masjid dan mula mengalunkan azannya yang amat dirindui oleh warga Madinah. Apabila Bilal mengalunkan “Allahu Akbar, Allah Akbar”, seluruh Madinah bergetar dan seluruh penduduk kota Madinah terhenti. Apabila tiba ungkapan “Asyhadu an la ilaha illa Allah”, getaran bertambah kuat dan semua menangis sehingga ada yang berkata "adakah Muhammad s.a.w telah kembali??". Dan apabila tiba ungkapan “asyhadu anna Muhammadar-Rasulullah”, wanita-wanita keluar dari bilik-bilik mereka dan menangis .

Sehingga diriwayatkan bahawa tidak ada hari yang paling banyak kaum lelaki dan wanita menangis lebih daripada hari itu…

Ketika Amirul-Mukminin Umar bin al-Khattab melawat Sham, kaum muslimin memintanya agar memujuk Bilal supaya azan untuk mereka untuk satu solat sahajapun cukuplah. Umar memanggil Bilal dan menyampaikan hasrat penduduk Sham. Tiba waktu solat, Bilal menaiki tempat azan lalu mengalunkannya. Maka menangislah para sahabat yang sempat bersama Rasulullah s.a.w. ketika Bilal menjadi muazzinnya. Mereka menangis seolah-olah mereka tidak pernah menangis sebelum ini dan selama-lamanya. Dan Umar r.a. adalah orang yang paling kuat menangis dalam kalangan mereka. Ketika Bilal hampir menghembuskan nafas terakhir, beliau berkata kepada isterinya, Halah binti ‘Auf, saudara kepada Abdul Rahman bin ‘Auf: “Usah menangis! Esok kami akan bertemu dengan para kekasih, Muhammad dan sahabat-sahabat…”

 
Ya Muhammad, Rasullullah, betapa aku juga amat mencintaimu...

Saturday, 25 July 2015

Aku Seorang Perompak

Assalamualaikum dan salam membaca.Aku tak tahu nak mula cerita ni dari mana.Baiklah nama aku Jef(bukan nama sebenar).Aku dilahirkan di Kampung Air Pa'abas Alor Gajah Melaka.Kehidupan aku susah,sukar,hina,dipandang rendah,jijik dan menyebabkan aku memilih jalan yang salah.Ketika umur aku 8 tahun,bapa aku meninggalkan keluarga aku, meninggalkan kesengsaraan yang dia alami dan selamat bersemadi disana.Tapi tidak tahulah apa pula nasib dia disana. Ibu aku makin sukar untuk menanggung 8 orang anak yang masih memerlukan kekuatan seorang ayah.Aku tidak bersekolah dan adik beradikku juga tidak bersekolah. Aku membesar dikalangan orang yang mencari sesuap nasi dengan jalan singkat.Dan aku turut serta.Pada umurku 12 tahun seekor lembu dapat aku mencuri tanpa dikesan.Aku semakin berani.Aktiviti yang tidak ketahui oleh ibu ku ini menjadi lumayan dan sumber rezeki.Ibuku yang menerima hasil dari 'kerja' aku tidak banyak soal mungkin kerana memerlukan dan terpaksa.Aku semakin giat aktif dalam aktiviti mencuri.Umur ku 15.Kini kenderaan jadi sasaran.Banyak motosikal yang berjaya aku tawan.Umur ku 20,kereta adalah perkara biasa untuk dapatkan.Aku Bosan.Hilang arah.Dulu hanyalah keperluan tapi kini menjadi mewah dan terpesong jauh.Ibu ku pun telah lama aku tinggalkan. Aku takut untuk berhadapan dengan ibu kerana dia telah tahu perbuatan ku.Kini aku di Kuala Lumpur,mencuri barang bukan lagi kerja ku tapi aku seorang perompak,samun dan mencederakan orang.Telah ramai mangsa ku dan aku mula rasa bosan dengam kehidupan ku yang seperti pelarian.Aku mula menjauhkan diri dari kawanan yang sesat itu.Jauh dan jauh.Jauh.Hilang.Aku telah bebas dari mereka.Sampailah pada suatu hari..(kisah ku baru bermula)
          aku telah tahan sebuah teksi dan teksi itu pun berhenti,aku pun masuk kedalam teksi.Lokasi yang dituju telah dibawa.Ketika dalam teksi itu aku terfikir bagai mana pemandu ini mencari makan jika tiada penumpang? Apakah nasib anak isteri dan bagaimana hendak bayar kenderaannya? Aku pun buka mulut. "Bang,susah tak bawa teksi?". Pemandu itu agak terkejut dan terus menjawab "Kat KL ni dik,teksi senang lah cari makan.Tinggal kau rajin ke tak" .Aku terus betanya dengan harapan."Macam mana ye nak jadi driver teksi?". Pemandu itu tersenyum dan menjawab."Ambilah lesen dik oi.." .Aku tidak berpuas hati lagi. "Sehari boleh dapat berapa bang?".Dengan nada agak serius pemandu itu menjawab. "Dalam 7-8 ratus lah.Tengok siapa yang kau bawa,kalau macam banyak duit tu tekan lebih sikit" .7-8 ratus?? Dalam kepala aku terfikir jalan pintas yang paling lumayan.Tanpa fikir panjang aku terus keluarkan pisau dan menghunus ke pemandu teksi. "Bang berhentikan kereta ni kat tepi cepat!!" .Pemandu itu cemas dan hampir kemalangan.Kereta diberhentikan,aku terus mengambil semua barang berharga dan dengan pantas keluar dari kereta dan berlalu dari situ.Sangat pantas.Masa berlalu dengan 'kerja' baru aku yang lumayan itu.Aku kini tidak perlu membahagi pendapatanku. Tetapi kerana terlalu kerap 'kerja' ini berjalan,pemandu teksi menjadi lebih berhati-hati dan ada satu ketika aku hampir-hampir tertangkap.Aku perlu perubahan.Suatu hari aku berjalan di tengah bandar raya yang tersegam dengan bagunan-bagunan yang tinggi.Aku pergi di bahu jalan dan menahan teksi.Satu mangsa telah memasuki jerat.Tetapi kereta yang hendak berhenti dihapanku telah maju kehadapan seolah-olah tidak nampak aku.Aku toleh kepala dan berasa hairan.Tadi seakan hendak berhenti.Aku melihat kereta itu telah berhenti dihapan seorang yang duduk diatas kerusi roda dan tidak jauh dari tempat ku.Rupanya mereka yang kurang upaya dilebihkan layanannya.Inovasi. Satu lagi rancangan pintas aku menguasaiku.Bermodalkan kerusi roda aku tekad untuk memulakan 'kerja' aku. Seolah-olah orang kurang upaya,aku menunggu di bahu jalan. Sambil mengangkat tangan untuk menahan teksi aku hairan pada jam 10 malam banyak teksi berkeliaran tetapi tiada pun yang hendak berhenti.Bingung.Adakah aku tersalah resepi?. Aku menunggu lagi dan merasakan agak lain pada malam ini.Tidak lama kemudian sebuah teksi pun berhenti.Akhirnya.Mangsa yang dinanti tiba.Pemandu teksi itu turun dan datang kepada aku.Dia lain.Sangat lain. Tidak memakai kemeja putih tetapi memakai kurta putih.Tidak memakai seluar slek hitam tetapi seluar senteng putih dan sedondon dengan bajunya serta kupiahnya.Aku tidak peduli.Asalkan aku dapat lubang.Setelah siap naik kereta,lokasi pun diberi.Dalam perjalanan hati aku tidak sedap.Aku rasa amat berat untuk melakukan kerja pada malam ni.Aku pon mulakan perbualan."Malam susah pula teksj nak berhenti ambik orang OKU kan?" Pemandu itu menjawab dengan senyuman."Pemandu lain nak cari duit lebih tuan.Malam mereka kenakan cas yang lebih.Tetapi orang macam tuan ni tidak dibenarkan dikenakan cas." .Jawab dengan tenag sambil tertawa kecil.Aku menjadi terkedu apabila kali pertama orang memanggil aku tuan.Dia lain.Berbeza. Aku meneruskan perbualan. "Abang tak nak cari duit lebih ke?" Dengan nada yang mesra dia menjawab "Rezeki hari ni Allah dah tetapkan untuk saya.Untuk apa saya bersusah payah untuk dunia yang sementara ini jika saya telah ditetapkan kadar rezeki tu kan?" .Didalam kepala aku terbayang wajah ibu dan ayah aku,wajah adik beradik aku.Aku merasakan perasaan ini bercampur baur.Tidak tahu apa yang aku rasakan ini.Aku hanya menganggukan kepala sahaja..
(aku dah ngantok lah.. sambung nanti lah)

Tuesday, 30 June 2015

Kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz

SEMASA Al Marhum Tuan Guru Nik Aziz jadi menteri besar kelantan dulu, bila masuk bulan Ramadhan beliau akan lakukan tadarus Al-Quran di setiap jajahan (daerah) negeri kelantan. Bila menteri besar turun semua kena turun sekali la. Sekali dgn jkkk dan ketua2 kampung turun.

Almarhum TGNA pernah kata dlm satu majlis tadarus :

"Hok mana boleh baca Quran, baca Quran.
Hok tak pandai baca Quran blajar sungguh².
Kita terima surat dari orang kita boleh baca,
kita terima surat bahasa melayu kita boleh baca,
kita terima surat bahasa omputih kita boleh baca,
tapi bila kita terima surat (Quran) dari Allah Taala
kita tak boleh baca.   

Sedangkan kita menumpang di bumi Dia, berteduh di bawah langit Dia, makan rezeki Dia, tiba2 surat (Quran) daripada Dia kita tak boleh baca. Hinanya kita hidup atas muka bumi ni..."

Menangis ketua kampung dan jkkk yg mendengar kata-kata Almarhum TGNA itu.  

Inilah cara Almarhum Tok Guru mendidik rakyat kelantan semasa beliau memerintah Kelantan.

Takbir!!!

Di mana letaknya Al-Quran di hati kita? 😱😰😭

#Salam 13 Ramadan

#Lama menanti Ramadan datang, belum cukup kita memanfaatkannya, dia dah nak pergi tinggalkan kita..

Sunday, 28 June 2015

Yang Sunat Dikejar Yang Wajib Berciciran

Jika kita lihat didalam bulan ramadhan ini ramai orang yang tidak sedar bahawa mereka telah mensia-siakan ramadhan dengan memandang rendah amalan wajib dan berkejaran melakukan amalan sunat.Anda akan dapati bahawa mejoriti orang kita berbondong-bondong mengejarkan solat tarawih dengan berjemaah sedang solat lima waktu dikerjakan sendirian.Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w memberatkan kita supaya mengerjakan solat wajib 5 waktu itu secara bejemaah.Ini lah fenomena manusia yang berpandangan rendah.Malah ada yang mengherdik remaja-remaja yang duduk lepak ketika solat terawih dikerjakan tetapi membisu melihat mereka melepak ketika solat-solat wajib dikerjakan.Tidak salah perbuatan itu,tetapi kelihatan orang itu mempunyai pandangan yang rendah.Pujangga arab pernah berkata,"membersih kasut menggunakan pipi akan membuatkan kasut itu bersih,tetapi si pembuat itu kelihatan bodoh".. -ikhtibar-

Thursday, 25 June 2015

Mandi Wajib Perkara Pertama

Kita sedia maklum bahawa mandi wajib adalah perkara pertama sekali yang perlu dilaksanakan sebelum amalan-amalan lain atau ibadah-ibadah lain dikerjakan.Disini saya hendak berkongsikan rukun mandi wajib yang cukup ringkas dah mudah untuk diingat.Jika ada permasalahan lain,anda perlulah berjumpa ustaz untuk penerangan.

Wednesday, 24 June 2015

Mufti Besar Arab Saudi Menangis Menerima Panggilan

Mufti Besar Arab Saudi menangis apabila seorang rakyat Somalia membuat panggilan untuk bertanyakan soalan mengenai puasa dalam sebuah rancangan television di Arab Saudi.Soalan yang dikemukakan menyebabkan Mufti Besar tersentuh dan menangis.Bayangkan kita di Malaysia berpuasa tetapi membazirkan makanan sebanyak 18 tan sehari jika dibandingkan saudara kita yang tiada makanan untuk berpuasa.. ikhtibar..




Tuesday, 23 June 2015

Antara Kesalahan Mendidik Anak..

1. Tidak Pernah Bersalah
Sewaktu anak kita masih kecil dan belajar untuk berjalan, mereka tanpa sengaja melanggar kerusi atau meja. Lalu mereka menangis. Umumnya, yang dilakukan oleh ibubapa supaya tangisan anak berhenti adalah dengan memukul kerusi atau meja yang tanpa sengaja mereka langgar. Sambil berkata,
“Siapa yang nakal? Papa / Mama dah pukul kerusi / meja … sudah cup …. cup … diam ye ..
Akhirnya si anak pun terdiam.
Ketika proses pemukulan terhadap benda-benda yang mereka langgar, sebenarnya kita telah mengajar anak kita bahawa dia tidak pernah bersalah.
Yang salahnya orang atau benda lain. Pemikiran ini akan terus dibawa sehingga dewasa. Akibatnya, apabila terjadi perselisihan atau pertengkaran, yang salah adalah orang lain, dan dirinya selalu betul.
Akhirnya, orang lain yang tidak melakukan kesalahan akan menerima hukuman.
Kita sebagai ibubapa baru menyedari hal tersebut ketika si anak sudah mula melawan kepada kita.
Perilaku melawan ini terbentuk sejak kecil kerana tanpa sedar kita telah mengajarkan untuk tidak pernah merasa bersalah.
Lalu, apa yang sebaiknya kita lakukan ketika si anak yang baru berjalan melanggar sesuatu sehingga membuatnya menangis?
Sebaiknya, ajarlah dia untuk bertanggungjawab atas apa yang terjadi; katakanlah padanya (sambil mengusap bahagian yang terasa sakit):
“Sayang, kamu langgar ya. Sakit? Lain kali hati-hati, jalan perlahan-lahan supaya tidak terkena lagi. “
2. Berbohong Kecil
Mulanya anak-anak kita adalah anak yang selalu mendengar kata ibubapanya.
Mengapa?
Kerana mereka percaya sepenuhnya kepada ibubapanya. Namun, ketika anak meningkat dewasa, dia sudah tidak menuruti arahan atau permintaan kita?
Apa yang berlaku?
Apakah anak kita sudah tidak percaya lagi dengan perkataan atau ucapan-ucapan kita lagi?
Tanpa sedar kita sebagai ibubapa setiap hari sering membohongi anak untuk mengelakkan kemahuannya.
Salah satu contoh pada waktu kita tergesa-gesa pergi ke pejabat di pagi hari, anak kita ingin mengikut atau mengajak berjalan mengelilingi kawasan perumahan. Apa yang kita lakukan?
Apakah kita menjelaskan dengan jawapan yang jujur? Atau kita memilih untuk berbohong dengan mengalihkan perhatian si kecil ke tempat lain, selepas itu kita bergegas pergi? Atau yang ekstrem kita mengatakan;
“Papa / Mama hanya keluar sebentar, hanya ke depan saja, sebentaaar saja ya, Sayang.”
Tapi sebaliknya, kita pulang malam. Contah lain yang sering kita lakukan ketika kita sedang menyuap anak makan kita;
“Kalau tak nak makan, nanti Papa/Mama tak bawa jalan-jalan”
Padahal secara logik antara jalan-jalan dan cara / pola makan anak, tidak ada kaitan langsung.
Dari beberapa contoh di atas, jika kita berbohong kecil, kesannya ternyata besar. Anak tidak akan percaya lagi dengan kita sebagai ibubapa. Anak tidak dapat membezakan kenyataan kita yang boleh dipercayai atau tidak.
Akhirnya, anak menganggap semua yang diucapkan oleh ibubapnya adalah bohong dan anak mula tidak menuruti segala perkataan kita. Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Berkatalah dengan jujur kepada anak. Ungkapkan dengan penuh kasih dan pengertian:
“Sayang, Papa / Mama nak pergi kerja. Kamu tidak boleh ikut.”
Kita tak perlu merasa bimbang dengan keadaan ini. Pastinya memerlukan lebih masa untuk memberi pemahaman kepada anak kerana biasanya mereka akan menangis. Anak menangis kerana dia belum memahami keadaan mengapa ibubapanya harus selalu pergi di pagi hari.
Kita harus bersabar dan beri pemahaman kepada mereka secara terus menerus. Perlahan-lahan anak akan memahami keadaan mengapa ibubapanya selalu pergi di pagi hari dan bila pergi bekerja, anak tidak boleh ikut.
Sebaliknya bila pergi ke tempat selain pejabat, anak pasti diajak ibubapanya. Pastikan kita selalu jujur dalam mengatakan sesuatu. Anak akan mampu memahami dan menuruti apa yang kita katakan.
3. Banyak Mengancam/Mengugut/Memberi Amaran
“Adik, jangan naik ke atas meja! nanti jatuh dan tiada yang nak tolong! ”
“Jangan ganggu adik, nanti Mama / Papa marah!”
Pada anak, pernyataan seperti melarang atau perintah dan disuarakan dengan cara menjerit tanpa kita berganjak dari tempat duduk atau tanpa kita menghentikan suatu aktiviti, kenyataan itu sudah termasuk ancaman.
Apa lagi jika ada ayat tambahan “…. nanti Mama / Papa marah!”
Seorang anak sangat pandai dalam mempelajari cara ibubapanya; dia boleh mengetahui cara ibubapanya mendidik, memesongkan atau mengawal cara ibubapanya.
Hal ini terjadi bila kita sering menggunakan ancaman dengan kata-kata, namun selepas itu tidak ada tindakan lanjut atau mungkin kita sudah lupa dengan ancaman-ancaman yang pernah kita ucapkan.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Kita tidak perlu menjerit-jerit seperti itu. Dekati si anak, hadapkan seluruh tubuh dan perhatian kita padanya. Tatap matanya dengan lembut, namun tunjukkan riak muka/ekspresi kita tidak senang dengan tindakan yang mereka lakukan. Sikap itu juga ditegaskan dengan kata-kata,
“Sayang, Papa / Mama minta supaya kamu boleh meminjamkan mainan ini pada adikmu. Papa / Mama akan makin sayang dengan kamu. ”
Tidak perlu dengan ancaman atau jeritan. Atau kita boleh juga menyatakan suatu pernyataan yang menjelaskan suatu akibat, contohnya;
“Sayang, bila kamu tidak meminjamkan mainan in ke adikmu, Papa / Mama akan simpan mainan ini dan kamu berdua tidak boleh bermain. Mainan akan Papa / Mama keluarkan jika kamu pinjamkan mainan itu ke adikmu. ”
Tepati kenyataan kita dengan tindakan.
4. Bicara Tidak Tepat Sasaran/Tidak Jelas Maksud
Pernahkah kita mengherdik anak dengan ayat seperti,
“Papa / Mama tidak suka bila kamu begini / begitu!” Atau “Papa / Mama tidak mau kamu berbuat seperti itu lagi!”
Namun kita lupa menjelaskan secara terperinci dan dengan baik, hal-hal atau tindakan apa saja yang kita inginkan. Anak tidak pernah tahu apa yang diinginkan atau diperlukan oleh ibubapanya dalam hal seperti itu.
Akibatnya anak terus mencuba sesuatu yang baru. Dari banyak percubaan yang dilakukannya, tetapi selalu dikatakan salah oleh ibubapanya.
Hal ini mengakibatkan mereka mengulangi dengan sengaja untuk melakukan hal-hal yang tidak disukai oleh ibubapanya. Tujuannya untuk membuat ibubapanya kesal sebagai mana anak juga kesal apabila tindakannya selalu salah di hadapan ibubapa.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Sampaikanlah hal-hal atau tindakan yang kita inginkan atau perlukan ketika kita menegur perilaku atau hal yang tidak kita sukai.
Berkomunikasi dengan berkesan tentang hal atau perilaku yang kita inginkan atau perlukan. Apabila mereka sudah melakukan segala perkara atau perilaku yang kita inginkan atau perlukan, ucapkanlah terima kasih dengan tulus dan penuh kasih sayang atas segala usahanya untuk berubah.
5. Menekankan pada Hal-hal yang salah
Ramai ibubapa sering mengadu tentang anak-anaknya tidak patuh dan suka bertengkar. Ketika anak bertengkar, perhatian kita tertuju pada mereka, kita cuba melerai atau bahkan memarahi.
Tapi apakah kita sebagai ibubapa pernah melihat ketika mereka sedang bermain dengan leka? Kita selalu menganggap bahawa tidak perlu menyapa mereka kerana mereka sedang leka.
Situasi ini adalah salah, kerana akan menggalakkan mereka untuk bertengkar agar dapat menarik perhatian ibubapanya,
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Beri pujian setiap kali mereka sedang seronok bermain, setiap kali mereka berkongsi mainan antara mereka dengan ayat mudah difahami. Peluklah mereka sebagai tanda senang dan sayang.
6. Merendahkan Diri Sendiri
Apa yang anda lakukan jika melihat anak anda bermain Playstation lebih dari belajar? Mungkin ini ayat yang sering kita ucapkan pada mereka,
“Tutup PS itu, nanti papa marah bila dia balik kerja petang ni !”
Atau kita ungkapkan dengan kenyataan lain, namun tetap dengan bentuk yang mungkin ditakuti oleh anak. Contoh pernyataan ancaman diatas adalah ketika yang ditakuti adalah Papa.
Perhatikanlah ayat ancaman tersebut. Kita tidak sedar bahawa kita telah mengajarkan pada anak bahawa yang mampu untuk menghentikan mereka main PS adalah bapanya, maksudnya hanya si ayah saja yang ditakuti.
Jangan hairan jika anak tidak mengendahkan perkataan kita kerana kita tidak mampu menghentikan mereka bermain PS.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Dekati anak, tatap matanya, dan katakan dengan nada serius bahawa kita ingin dia berhenti main sekarang atau berikan pilihan, contohnya:
“Sayang, Papa / Mama nak kamu mandi. Nak mandi sekarang atau lima minit lagi?”
Bila jawapannya “lima minit lagi Pa / Ma”.
Kita jawab kembali, “Baik, selepas lima minit kamu mesti mandi. Tapi jika tidak berhenti selepas lima minit, dengan terpaksa papa / mama akan simpan PS sampai esok “.
Selepas lima minit, dekati si anak, tatap matanya dan katakan telah cukup lima minit. Jika anak tidak berganjak, teruskan menyimpan PS tersebut.
7. Ibubapa Tidak Tegas
Mendidik anak bukan hanya tanggungjawab para ibu atau bapa sahaja, tapi kedua-duanya. Ibubapa harus mempunyai kata sepakat dalam mendidik anak-anaknya.
Anak mudah menangkap rasa yang menyenangkan dan tidak menyenangkan bagi dirinya. Contoh, seorang ibu melarang anaknya menonton TV dan memintanya untuk mengerjakan kerja sekolah, namun pada masa yang sama, si bapa membela si anak dengan ayat tidak mengapa menonton TV terus agar anak tidak stress.
Jika hal ini terjadi, anak akan menilai ibunya jahat dan bapanya baik, akibatnya setiap kali ibunya memberi perintah, ia akan mula melawan dengan berlindung dengan pembelaan bapanya.
Begitu juga sebaliknya. Di hadapan anak, jangan berbeza pendapat untuk hal-hal yang berkaitan dengan persoalan mendidik anak.
Pada masa salah seorang dari kita sedang mendidik anak, maka pasangan kita harus menyokongnya. Contoh, ketika si ibu mendidik anaknya untuk berlaku baik terhadap si kakak, dan si ayah harus menyokong pernyataan,
“Betul kata mama, Dik. kamu perlu sayang dan hormati kakak ..”

Kalau Tak Puasa..Ni Lah Akibatnya..



Ingat lagi dulu,selalu tv keluarkan iklan ni.. lawak dan bermanfaat..


Permulaan Semula

Dah lama tak buka blog ni.. banyak masalah negara yang belum diketahui..semaga kemunculan Semua Jenis Cerita ini dapat memberi maklumat



mrTariQ

Monday, 6 April 2015

Antara Kekurangan Dalam Mendidik Anak

Anak Anugerah

Kita sering dengar keluhan ibubapa yang letih dalam penjagaan anak. Ketahuilah anak itu anugerah dari Allah kepada kIta. Dibawah ini antara kesilapan kita. Renungkan.. #peace!
1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak.
6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.
7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.
8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.
9. Kurang melahirkan kasih sayang.
10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak.
11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah.
12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.
13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak.
14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.
15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak.
16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.
17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal.
18. Tidak menunjukkan contoh teladan yang baik di hadapan anak-anak.
19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.
20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dengan anak-anak.
21. Tidak menggunakan bahasa yang betul.
22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak.
23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.
24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat.
25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.
26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.
27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.
28. Tidak menunjukkan minat terhadap aktiviti anak-anak.
29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.
30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.
31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.
32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.
33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak.
34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.
36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.
37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak.
38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.
39. Tidak tegas mendidik anak-anak.
40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.

Johan As' Ari Di Ijtimak Sri Petaling Baru-Baru Ini

 Johan As Ari Di Ijtimak


Baru-baru ini saya dan sepupu telah pergi ke Ijtimak atau jour yang berlangsung di Masjid Jamek Sri Petaling atau lebih dikenali Markas Tabligh. Alhamdulillah beberapa orang artis telah saya jumpa. Antaranya Johan As' Ari. sempat saya bergambar dengannya.huhu.





Thursday, 2 April 2015

VIDEO KOLEKSI KEMALANGAN MOTORSIKAL (for rider)


lain macamlah orang putih punya kemalangan.tapi cool je.. saksikan video dibawah ini:




mana MAK??!! Ummi! mintak maaf! org banyak dosa kat ummi!

MANA MAK?!
Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.
Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."
Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."
"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"
Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.
Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

aku sangkakan selama ini Malaysia adalah NEGARA ISLAM..rupa-rupanya..

NEGARA DEMOKRASI MALAYSIA ADALAH KAFIR KERANA :

1) Negara Malaysia mengakui Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang tertinggi dalam Malaysia (artikel 4 Perlembagan Malaysia), padahal agama Islam dan undang-undang Islam adalah yang tertinggi di sisi Allah swt (Quran 9:33);

2) Negara Malaysia menyerahkan Daulat kpd manusia – perkara 39, Perlembagaan Malaysia, padahal di sisi Allah swt manusia tidak ada Daulat – Quran 4:53 kerana Daulat itu hanyalah hak Allah sahaja – Quran 3:26;

3. Negara Malaysia membuat undang-undang manusia (artikel 44 Perlembagan Malaysia), padahal Allah saja yang berhak dan berkuasa untuk membuat undang-undang (Quran 12:40, 6:57);

4) Negara Malaysia menguat kuasakan undang-undang manusia (artikel 43 Perlembagan Malaysia), padahal undang-undang Allah adalah diperintahkan untuk dikuat kuasakan ke atas manusia (Quran 5: 48,49,50);

5) Negara Malaysia menghukum manusia dgn undang-undang manusia (artikel 121 Perlembagaan Malaysia), padahal menghukum dgn undang-undang manusia adalah kafir (Quran 5:44);

6) Negara Malaysia mewujudkan sistem manusia menjadi para hamba kpd manusia dan tidak menjadi para hamba kpd Allah kerana manusia berada di bawah kuat kuasa undang-undang manusia – Quran 5:44, 16:116;

7) Negara Malaysia mewujudkan sistem manusia menyembah manusia dan tidak menyembah Allah kerana manusia taat dan patuh kpd undang-undang manusia – Quran 9:31; 


8) Mengikut interpretasi Mahkamah Agung mengenai kedudukan agama Islam di dalam Perlembagaan Negara ( fasal 3 (1) Perlembaaan Negara), ianya tidak bermaksud bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara ( Che Omar bin Che Soh versus Public Prosecutor dan Wan Jalil bin Wan Abdul Rahman & anor versus Public Prosecutor, 1988, 2 mlj 55). Sempena penghakiman terhadap rayuan kes tersebut, Mahkamah Agung memutuskan bahawa agama Islam mengikut fasal 3(1) hanyalah terhad kepada hal-hal adat istiadat dan peribadatan ritual sahaja, bukan agama rasmi negara, dan ia (Mahkamah Agung) juga mengisytiharkan dalam keputusannya itu bahawa MALAYSIA BUKANLAH SEBUAH NEGARA ISLAM, tetapi sebuah negara sekular yang mengamalkan undang-undang British;

9) Kita hendaklah mengakui bahawa Malaysia adalah kafir kerana itu adalah keputusan dpd Allah dan Rasul-Nya, sebaliknya sekiranya kita mengakui bahawa Malaysia adalah Islam, kita jadi kafir kerana itu ertinya kita menolak keputusan dpd Allah dan Rasul-Nya – Quran 33:36; 

10) Kita diperintahkan supaya tidak mengamalkan sistem politik demokrasi dan untuk menolak dan mengingkarinya serta untuk memusuhi dan membencinya – Quran 35:10, 4:60, 60:4.